Tuesday, March 28, 2017

Short Trip to Raub~


Assalamualaikum~

Weekend baru ni, tetiba hari Sabtu tengah hari husband ajak pergi jalan-jalan Raub, Pahang. Saja nak jalan tempat orang katanya. Saya memang takde rasalah nak berjalan. Maklumlah cuti sekolah dah nak habis, mesti jalan jem teruk. Lagipun Raub ada apa je kan? Bila google hanya air terjun je lah yang popular, dengan tempat buat aktiviti hutan.

Memang taklah nak buat akiviti tu semua. Sampai pun mesti dah maghrib, perut camni nak takdenya nak buat aktiviti lasak. Kat Raub, husband book Hotel Jelai Raub. Oklah hotel dia, selesa dan bersih. Cantik juga lantai dan hiasan bilik. Ada simple complimentary breakfast disediakan juga. Harga dalam RM 100++ untuk family room. Recommended lah siapa yang nak stay sana.

Masa check in tanya receptionist mana je menarik kat Raub. Dia pun tak tahu..huhu..camne tu~
Tapi sepanjang perjalanan ke Raub memang nampak banyak sangat stall durian. Tengah musim kot. Plan esoknya gerak awal dari hotel dan survey lah mana tau dapat durian murah ke kan :p

Sampai pukul 6 lebih kat hotel, lepas solat asar terus keluar. Nak pusing pekan Raub tengok ada apa. Pusing-pusing nampak ada pasar malam. Singgah situ je lah. Banyak pilihan. Adam macam biasa lah, mana-mana akan pau mainan. Nak mainan mahal lak tu, memang tak dapatlah. Kat rumah pun bersepah mainan dia je. Last-last pujuk bagi belon angry birds je. RM3. Kat Bukit Tinggi belon yang sama tu RM 10..huhu..

Sedap-sedap jugak makanan kat sana. Kitorang beli nasi lemak, bakso, yong tau fu ,air jus mangga fresh. Memang puas hatilah rasa. Lama tak makan bakso..huhu..kalau ikut nafsu banyak lagi nak amik. Tapi beringat-ingatlah jugak sebab berat saya ni baru sebulan dah naik 3 kg. Bahaya-bahaya. 

Beli jugak buah longan, memang isi tebal sangat. Dan manis. Mula-mula tak nak beli sebab agak mahal, sekilo RM18. Tapi bila tester dia bagi, husband suruh amik RM10. Memang sedaplah, tak tipu. Tebal daripada biasa isi dia. 

Malam tu memang tak ke mana lah. Jem jugak Pekan Raub tu malam-malam. Balik hotel, makan.. Adam main lompat-lompat katil, main baling bantal dengan ayah dia. Pastu baru tidur. Memang tak tahu nak pergi mana pun.

Pagi esoknya pukul 7 lebih pergi breakfast. Duduk relaks jap kat bilik dan teruskan misi balik dan survey durian. Walaupun banyakkkk sangat stall durian, harga masih lagi mahal tau. Dua, tiga stall gak kitorang berhenti tanya tapi tak beli sebab mahal. Plannya memang nak survey je, kalau mahal takpelah. Kalau murah nak satu. Takut plak nak makan banyak-banyak sebab mengandung.

Dah sampai area Bentong, jumpa satu stall cina ni, warna kuning. Husband pergi tanya. Musang king tak yah cakaplah. RM 50++ sekilo, tak mampu lagilah kami. Durian kampung RM 15 sekilo kot. Husband amik sebijik kena RM18. Isi tebal, puas hati sangat makan. Memang rasa berbaloilah RM18 tu..hehe~

Sebelum balik singgah Hutan Lipur Lentang. Piknik dan mandi-manda. Suka sangat Adam sampai tak nak keluar walaupun dah mengigil macam apa dah. Keluar-keluar minta roti. Ngigil-ngigil makan. Kelakar ada, kesian pun ada. Itu pun dah mandi , tukar baju nak masuk balik dalam sungai T_T.

Lain kali ye Adam. Kita pergi Sungai Tekala pulak ke. Dulu punyalah takut mandi sungai. Semalam nampak tiket masuk Hutan Lipur tu, Adam minta nak mandi lagi..huhu...suka sangat ye Adam~

Overall short trip ni oklah, tengok tempat orang. Dapat durian murah. Lepas ni kita cari tempat lain pulak jalan yeee~ :)

P/S: Gambar takde sebab tangan sibuk pegang barang & Adam..huhu~

Thursday, February 16, 2017

Pengalaman first time live~


Assalamualaikum~

Selesai jugak hari semalam. Rasa macam lama je semalam tu. Memang pengalaman berharga dapat masuk tv secara live walaupun 10 min++ je pun. Nak bergambar dengan Irma pun tak sempat sebab dia kena cepat-cepat pindah ke set lain pulak lepas tu. Rancangan tu kan berakhir pukul 10 pagi. Nak tunggu macam tak boleh sebab lepas tu terus nak rushing pergi ofis. Maklumlah minta cuti half day je pun dengan bos. 

Sebelum pergi kerja kena bersihkan make up & tukar baju. Nanti orang kata buang tebiat pulak pakai baju kurung dengan shawl pergi kerja...huhu :p

Semalam seawal pukul 3 pagi dah terbangun, sakit perut punya pasal. Pastu tido balik.Pukul 5 pagi bangun sebab alarm dah berbunyi, tapi Adam pulak nak melekat.Sampai pukul 5.15 pagi gak duk layan Adam ni. Last-last kejut husband suruh tolong tengokkan Adam. Nasib Adam ok. Baju semua dah prepare malam semalam. So, mandi, pakai foundation colorblock Secretleaf sikit , siap lilit shawl terus gerak hantar Adam ke pengasuh. Pukul 6 pagi dah gerak. Paling awal dalam sejarah. Takut jem punya pasallah ni~
Lepas hantar Adam jumpa husband kat Petronas, sebab nak dia teman. Tinggal kereta kat situ supaya tak payah nak patah balik rumah untuk pergi kerja balik. Solat subuh kat situ je. Kat rumah banyak kali pesan jangan sentuh, tak nak bukak shawl balik, bedak semua dah pakai...hehe :p

Pergi sana lalu MEX, dah dekat nak sampai KL kereta banyak dan dah start slow. Pukul 6 lebih dah jem. Nasib tak kerja KL..huhu. Sepanjang jalan nak ke area Masjid Negara tu memang kereta slow je jalan. Perut dah start sakit dah masa tu. Rasa memang tak leh nak tahan. Mane ada toilet kat higway kan. Bila dah sampai, dah park kereta hilang pulak rasa sakit. Pergi tengok bangunan Al-Hijrah. Ok, senang je dah jumpa. Masa tu awal lagi baru pukul 7.30 pagi. Pergilah breakfast dulu kat kafe sana.

Pagi tu relaks lagi la, cuma nak makan tu takut sakit perut je. Dah makan terus masuk set Assalamualaikum tu. Simple je tengok set dia. Sempoi je~

Gambar dalam hp plak, takde usb nak transfer. Sampai-sampai bagitau kehadiran kat orang yang manage time table kot. Dah dekat pukul 9 pergi make up, pastu cari toilet...huhu :p

Main redah je masa tu rasa, tak tau nak pandang mana, nak tengk kamera mana dan nak cakap macam mana...huhu~

Overall memang penrgalaman yang berharga. Rasa jugak keluar tv :p



Tuesday, February 14, 2017

Live di TV-Al Hijrah Esok~


Assalamualaikum~

Debaran kian terasa nak menunggu ke hari Rabu 15 Februari 2017 esok. First time dalam sejarah mencabar diri sendiri untuk sahut cabaran ni. Bukan senang. Lagi-lagi saya bukanlah jenis yang pandai bercakap. Lagi suka berdiam diri dan memerhati.

Esok pukul 9lebih pagi, saya akan live di TV. Macam tak percaya je ni. Saya akan promot produk Secretleaf. Bermula esok ada promo pure argan oil dengan harga RM49 sahaja! Siapa nak cepat-cepat wassap 013-6514022. Jangan call masa tengah live pulak esok ye. :p

Image result for argan oil secretleaf pek baru

Jom bertukar ke produk yang lebih selamat :)


Tuesday, February 7, 2017

Ramai yang tak pernah dengar rupanya~


Assalamualaikum~

Dalam post sebelum ni saya ada buat beberapa entri pasal Secretleaf. Rupa-rupanya ramai yang tak pernah dengar pasal produk ni ye? Secretleaf International Sdn Bhd ni telah bertapak sejak dari tahun 2009/2010 lagi tau. Pengasasnya adalah orang Melayu Islam bumiputra, En Amir. Tak silap saya dia background agama lah. Disebabkan terlalu banyak keraguan bahan dan bahan kimia berbahaya dalam produk penjagaan muka masa kini, dia sendiri ingin cabar dirinya untuk menghasilkan produk yang bagus dan selamat.

Semua produk Secretleaf adalah 100% bebas paraben dan SLS. Ia jugak tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti hidrokuinon, merkuri dan lain-lain. Secretleaf banyak menggunakan ekstrak tumbuhan dalam produk mereka. Sebagai contoh, arbutin digunakan bagi menggantikan agen pemutih bahaya. Arbutin adalah ekstrak dari tumbuhan seperti beri. 


Secretleaf juga mempunyai kilang sendiri di Kedah. Mempunyai R&D Team sendiri dan ramuan kebanyakan adalah ramuan terbaik yang diimport dari seluruh dunia. Sebagai contoh, teat tree oil dari Australia, Argan Oil dari Morroco dan bee venom@sengat lebah dari Korea. Semua produk adalah formulasi natural. Oleh itu bagi saya, harga adalah sepadan dengan kualiti :)




Janganlah menggunakan produk sebarangan yang kita tak tahu sama ada ia OEM atau re-pack. Akibat dia adalah memudaratkan diri sendiri. Jom sayangi kulit kita :)

Saya dealer sah Secretleaf (013-6514022). Sebarang persoalan boleh whatsapp saya ye. Nak cari side income pun boleh contact saya. Sebagai agen dropship. Komisen sehingga 10% :)

Tamat iklan dari saya untuk hari ini...hehe :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA