Thursday, December 27, 2012

Perfectionist~


Assalamualaikum~


Tadi bukak blog Chic Na, jumpa satu game ni. 

Who Will You Be in 2020

campaign image
klik gambar untuk cuba jugak..hehe~


Saya dapat The Perfector!


Mungkin ada la betul sikit. Tapi yang possible career path tak tahan tu. Seronok gak main game ni. Kartun dia comel2..hehe~ :p

Kita hanya boleh mencuba jadi yang sempurna sebab tiada yang sempurna di dunia ni kan? Semua orang pasti nak yang terbaik untuk diri masing-masing dan orang yang tersayang. Bila ada buat silap, harap tegurlah. Jangan terus melabel..huhu...nasihat untuk saya dan kita semua~ :)

Tetiba masuk bab lain pulak kan.

Apa maksudnya kalau kita mimpi ular berturut-turut ye? Dalam mimpi tu ular tu kita bunuh? 

Kalau cakap pasal mimpi ular ni, orang kata ada orang nak masuk minang kan? Tapi kalau yang mimpi tu laki camne lak tu? huhu~

Satu lagi pendapat, ada yang mengatakan ada kaitan dengan sihir. Wallahualam. Moga kita semua diliindungi dari hasad dengki dan perkara-perkara yang buruk. Amin~








p/s: Mudah-mudahan banjir di semua Malaysia ni cepat-cepatlah reda. Risau jugak dengan family leonerz dan GSFians yang berada di Tganu. Mudah-mudahan Allah SWT lindungi mereka semua~






Wednesday, December 26, 2012

Happy belated besday!


Assalamualaikum~

Sekarang ni asyik busy aje nak mengadap blog sendiri. Malas pun ada..hehe..banyak sangat aktiviti hari cuti. Banyak kali kalau nak wish birthday je mesti belated. Sorry banyak2..banyak masalah teknikal sejak bertukar kerja ni..huhu~

Macam yang semua ahli GSF tahu, last week 21 Disember adalah birthday Kak Wanieys, pemilik blog kat bawah ni~

It's st0ry Time ≧◔◡◔≦
klik gambar untuk tengok Kak Wanieys anak beranak~ :p


Selamat Hari Lahir yang Ke-26 kak!
Moga akak dan keluarga sihat dan bahagia selalu~ :D



Nah kek feveret akak!


Terliur tak tengok kek tu? Nak ke? 

Nak belilah sendiri ye..hehe :p






Minggu lepas saya dapat sesuatu dari GSF yang memang best & sporting lah. Dapat belated besday present dengan cenderahati dari dua orang GSF. Rasanya ramai dah tahu kot sebab ramai GSF yang dah dapat dan dah pakai dah pun kan? hehe~


ni dari MV~

ni with love, chic na..hehe~


Terima kasih banyak-banyak pada mereka. Asyik dapat macam-macam dari GSF. Insya'Allah ada rezeki sy akan bagi jugak...huhu...tak sedaplah asyik menerima je kan.









p/s: Saya rasa minggu ni banyak sangat-sangat dugaan bertunang ni. Serius berat rasa dugaan ni.....

Thursday, December 20, 2012

Pendapat saya~


Assalamualaikum~

Tadi tengok-tengok FB, ternampak ada seorang kenalan yang telah pun bernikah. Alhamdulillah dah jadi yang halal. Tapi, mereka hanya nikah khitbah sahaja dulu. Dalam masa setahun baru mereka akan buat majlis perkahwinan mereka.

Nikah khitbah tu, ikut kefahaman saya adalah nikah gantung kan? Walaupun mereka dah bernikah, mereka masih tak boleh duduk bersama lagi. Nikah khitbah biasanya dilakukan untuk mengelakkan maksiat dan zina. 


Tapi, saya pernah terbaca juga pendapat UAI mengenai kahwin awal ni. Dia pernah mengatakan, kalau lelaki tu tak mampu nak bagi anak orang makan, tak elok bernikah lagi. Seelok-eloknya berpuasalah untuk menjauhi perkara-perkara yang tak diingini. 

Dari situ, kita boleh nampak macam ada percanggahan pendapat kan? Saya bukan nak bincang pasal hukum-hukum ni pun sebenarnya..tak layak lagi..huhu~

Saya sebenarnya tengah fikir, kan best kalau parents saya dan leonerz bagi kami ni nikah khitbah dulu. Mesti nampak cam gatal sangat nak nikah kan saya ni? 

Takdelah. Saya dan leonerz mampu je nak hidup berkeluarga pada pendapat saya. Kami cuma tak cukup duit lagi nak buat kenduri kahwin ni. Kenduri sekarang ni pun paling kurang makan belanja dalam RM20 ribu jugak kan?

Banyak tu. Sekarang ni pun tengah berusaha nak kumpul. Tapi 2,3 bulan ni saya macam takde simpan pun duit kahwin ni. Sebabnya saya baru tukar kerja, banyak duit keluar untuk bayar deposit rumah yang beribu tu..terpaksa guna duit simpanan kahwin..huhu~ :(

Ada masa lagi berapa bulan aje tinggal untuk kami mengumpul duit. Sekarang ni pun leonerz baru start meniaga untuk mencari duit lebih. Nak kahwin punya pasal~

Macam korang semua tahu, saya pun ada jual produk Catalyst. Tapi banyak beli guna sendiri je. Customer pun dari member-member je. Adalah 2,3 orang. Kalau ada sesapa berminat bagitau ye. Tolonglah orang yang nak kahwin ni..hehe~ :)


Insya'Allah minggu ni kami nak ambil kursus kahwin. Kalau ada rezeki boleh jumpa Cik Nur sekali kan? Pastu Ahad ni mungkin saya akan ke Johor..jumpa kawan-kawan kat sana..kalau ada rezeki boleh jumpa kak Niena jugak.. hehe~

Asyik berjalan je kan saya ni? Manalah duit tu nak cukup. Mak saya pun ada cakap, kahwinlah cepat. Asyik jumpa selalu je...huhu..saya takde masalah pun nak kahwin cepat. Yang penting nikah kan? Parents setuju tak setuju je, tu je masalahnya~

Sama ada cukup atau tak, saya dah buat keputusan. Paling lambat pun kitorang nikah hujung tahun depan. Kalau duit masih tak cukup masa tu, saya nak buat kenduri setakat yang termampu aje untuk belah saya. Boleh tak leonerz?   Buat makan-makan aje. Pelamin tu semua tak perlulah..huhu~

Apa pendapat korang?







p/s: Mula-mula tak tau nak tulis apa, tapi bila dah start menaip rasa macam tak nak berhenti pulak..huhu~

Monday, December 17, 2012

Jangan terlalu bersangka baik...


Assalamualaikum~

Saya rasa saya ni seorang yang terlalu bersangka baik dengan orang. Saya dah rasa bahananya minggu lepas. Dan ianya sangat seksa. Lagi menyeksakan bila orang yang kita sayang, meragui kita. Sakit rasa. Dia pulak sakit gak, sebab fikir saya ni curang dengan dia.

Dari benda yang kecik, ianya jadi benda yang sangat besar. Lagi menyakitkan hati bila orang yang kita bersangka baik tu menuduh kita sebagai pemula masalah, sedangkan dia yang asyik memulakannya.

Lelaki tu memang pengecut! Kesian isteri & anak-anaknya yang tak tahu perangai sebenar dia. Hilang rasa hormat saya sebagai seorang junior pada dia. Memang tak sangka saya.

Saya dah serik. Saya takkan senang-senang percaya pada lelaki lepas ni, walau baik mana pun perwatakan dia. Saya dah terkena. Dan ia memang pahit!

Jadi, jangan pelik kalau ada lelaki minta nombor telefon saya, saya tak bagi. Saya tak nak sejarah berulang lagi. Sakit bila dituduh macam tu. Lagi sakit bila orang yg kita sayang meragui kita.

Jaga-jagalah. Sekarang ni orang yang pakai kopiah pun belum tentu baik. Kita biasa dengar, tapi saya dah jumpa dan terkena. Rasa tertipu sangat-sangat. Cukuplah.....




Untuk leonerz: Saya minta maaf sebab terlalu percayakan orang dan terlalu lembut hati. Saya akan cuba jadi lebih tegas lepas ni. :(

Wednesday, December 12, 2012

Lama menyepi~


Assalamualaikum~

Rasa macam sekejap je masa berlalu, padahal dah 4 hari menghilangkan diri dari internet ni..huhu. Tak sangka selama 4 hari macam-macam dah jadi. Terlepas nak order baju GSF. Takde rezeki la nak melaram ngan baju GSF nampaknya..huhu~

Malam semalam baru balik dari berjalan-jalan. Dah macam melancong dah rasa, cuma di sana, masa saya full tolong bakal mak mertua. Tak sampai hati nak biarkan dia buat sorang-sorang kerja berat tu. Jadi Sabtu Ahad banyak dihabiskan dengan aktiviti keluaga Leonerz.

Ahad petang dalam pukul 5 lebih, leonerz berjaya menculik saya. Bolehlah kami dating jap walaupun bertiga dengan adik bongsu dia sekali. Dating tepi pantai sekejap aje, kena balik awal sebab ada bola malam tu~

ombak rindu~~ :p


Isnin kelmarin berjaya meloloskan diri sepenuhnya untuk ke Pasar Payang, Kuala Terengganu. Ada benda penting untuk mak di kampung~

Kuala Terengganu~

Ada replika batu bersurat kat tengaj-tengah roundabout kat atas tu~

Sepanjang kat sana saya dah makan sata, satay ikan, megi ketam dan otak-otak Tganu. Memang jalan-jalan cari makan lah. Puas hati sebab dah dapat rasa megi ketam yang popular kat sana~ :)

Tapi semua makanan tu saya tak amik gambar. Biasalah, kalau dah mengadap makanan tu, mana nak ingat benda lain~ :p

Selasa pulak kami pergi kat sini:


Cuba teka gambar atas tu katne?? Peneka yang terpantas dan tepat akak dapat sesuatu dari saya..hehe~ :)







p/s:Penat & mengantuk selama 4 hari ni masih belum hilanglah. Ngantuk sangat dah sekarang ni. Tidur dulu ye..nanti sok ke sy bw slow2 ye..jangan marah kawan2..huhu~ :)


Wednesday, December 5, 2012

Happy Belated Birthday~~


Assalamualaikum~

Walaupun agak ketinggalan, saya nak ucapkan Happy Belated Birthday untuk kak Dieyna (4 Dis) dan Ayuni (30 Nov)! 


Saya hadiahkan entry ni untuk dua orang besday girl ni okay. Jangan mintak hadiah lagi ye..hehe~ :p

Ucapan khas untuk kamu berdua! 

Cukup tak tu? Nak lagi ke? Nah, amik besday kek ni. Kongsi dua orang okay..hehe~






Mari berkenalan dengan dua orang besday girl ni~

Di Sini Ruangku Berkongsi
kak Dieyna. ni bukan besday girl lagi. Ni besday mummy..hehe~


My Photo
Ayuni~






p/s: Ramai ke yang pergi Melaka ni?? huhu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA