Friday, January 15, 2016

Ramai lagi orang baik ~

Assalamualaikum~

Semalam balik kerja terus ambil Adam di rumah Pengasuh. Pengasuh yang memang serasi sangat dengan Adam. Adam ni jenis yang cerewet, susah nak minum botol. Dari Adam 2 bulan sabar dia jaga Adam. Memang tak nak tukar pengasuhlah..huhu~

Sebenarnya bukan nak cerita pasal pengasuh Adam. Nak cerita kisah yang berlaku masa nak balik dari rumah pengasuh tu.

Rumah pengasuh tu kawasan kampung. Nak masuk simpang tu ada curb jalan. Baru jugaklah. Tapi saya rasa curb dia agak tinggi dan kalau nak masuk tu memang kena amik lap jauh sikit. Kalau tengok macam tak sesuai je. Sebab jalan pun kecik je.

Nak dijadikan cerita, masa tengah berhenti kat trafik light tu, ada satu kereta viva nak masuk simpang, tapi lap tak cukup. Terus sangkut kereta dia. Dia press minyak tapi kereta tak lepas gak. Kesian gak tengok sebab perempuan.

Tak lama lepas tu ramai-ramai lelaki datang nak tolong. Dalam 8 orang gak tak silap. Ramai kan? Bagus betul diorang. Mungkin sebab tengok perempuan. Kebetulan dekat dengan kedai makan.

Banyaklah hero membantu. Sorang tekan minyak, yang lain tolong tolak tepi sebab tepi yang sangkut. Kejap je dah lepas. Nampak tak tinggi ke tak curb tu?

Syukurlah ada orang baik lagi sekarang. Says sebenarnya risau sebab takut driver perempuan tu tekan minyak kuat sangat sebab gelabah dan boleh terlanggar kete depan saya yang tengah tunggu lampu hijau. Seriau jap.

Nasib baik lelaki tu semua datang cepat. Macam rombongan pulak tu datang. Tak kisahlah apa niat diorang. Tapi terbaiklah tolong~ :)



6 Cara Luar Biasa ‘SuperMom’ Urus Anak Di Waktu Pagi..Dah Tak Kelam Kabut


9 comments:

  1. Alhamdulillah...
    nasib baik ada hamba² Allah ni nak membantu n baik ati...
    sis pun hati² yea..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..ingatkan manusia baik ni dah tak wujud...huhu...
    anyway, happy weekend my dear!!

    ReplyDelete
  3. Bagusla ramai membantu. Nasib baik takde pape. Kalau ida dah gelabah dah. heehehehe

    ReplyDelete
  4. Ya masih ramai orang yang baik dalam dunia ni. Dan kadangkala pertolongan itu datang tidak disangka.

    ReplyDelete
  5. masih ada lagi orang yang baik... mmm... tak ada ke gambarnya... :d

    ReplyDelete
  6. Kita anggap jela diaorang tu ikhlas nak tolong, bukan sebab perempaun..hihi

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...rezeki juga tu..selamat tak dilanggar kereta tersebut...

    Semoga bertambah ramai orang yang ringan tulang menolong orang...

    ReplyDelete
  8. alhmdulillah ade juga sudi tlg..kalau tak segn dia lama2 situ

    ReplyDelete
  9. Masih ada yang sudi nak bantu tanpa mengharapkan balasan.. Moga makin dimurahkan rezeki mereka yang membantu itu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA