Monday, February 1, 2016

Sungat Tekala~


Assalamualaikum~

Nak cerita aktiviti dua minggu lepas. Asyik tertangguh je, sibuk sikit sekarang ni. Apa-apa hal kerja harus diutamakan..hehe~

Last week, lepas singgah melawat nenek di Seremban, husband buat suprise bawak kitorang pergi ke Sungai Tekala. Mula-mula tertanya-tanya gak dia nak bawak pergi mana. Exit tol Nilai, masuk Lekas pastu exit balik ke Semenyih. 

Saya memang tak pernah ke Semenyih. Husband selalu gak sebab panjat Broga & main bola area sana.Jauh kot dengan rumah.Membazir minyak je semata-mata main bola pergi jauh sana..huhu~

Masa tu kitorang sampai dekat-dekat pukul 6 petang jugak. Ramai orang sebab esoknya tu cuti Thaipusam. Nasib baik masa sampai tepat-tepat ada orang keluar parking. Alhamdulillah~

Tapi masa sampai tu Adam tidur pulak. Kitorang beli kuih dengan air & masuk je lah. Tengok dia bangun ke tak. Masuk kat sana kena bayar:

Dewasa; RM1
Kanak-kanak: RM0.50

Tapi Adam husband saya tak bayar pun. Orang tu pun tak tahan. Kira baby kot? huhu~

Nampak ada bangku kosong tepi sungai. Terus duduk. Masa tu ramai nak balik dah. Bolehlah dapat kerusi. Duduk makan kuih tengok sungai. Tapi kitorang duk area bawah tu je. Husband saya tak nak pergi atas sebab dia kata bahaya sikit nak panjat-panjat. Tak tahulah saya~


Lama gak Adam tidur. Bangun-bangun dia terus tengok sekeliling. Pelik katne. Nampak pelampung dia tunjuk-tunjuk. Ingat pelampung dia la tuuu~

Husband pun bawaklah dia main air sungai. Mula-mula macam geli nak pijak sebab rasa pasir kot kat kaki. Saya tak masuk. Tengok dari tepi je. Baju semua tak bawak pun. Setakat main kat area air cetek bagi Adam main. Betul-betul macam budak bandar Adam ni..huhu~

Gambar tak dapat nak letak sebab dia melekat dengan ayah dia je..huhu..gambar sorang takde la pulak. Tengok gambar sungai je la ye~



Next time bolehlah kot datang mandi. Datang pagi ok kot. Orang tak ramai lagi. Tapi leceh gak la kalau nak tukar baju. Ada je bilik persalinan tapi....(alasan orang bandar~ :p)



16 Things You Didn't Know You Could Whip Up With A Mug In A Microwave


4 comments:

  1. ahkak jarang sgt pegi sungai utk berkelah ke apa..hubs akk xbg pegi..huhu
    kesian kdg2 kt anak2...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Hihihi tandasnya tahap kena tutup mata br blh masuk. Kami biasanya bw khemah. Salin baju dlm khemah je.

    ReplyDelete
  3. Murah betul. tapi aina lama da x pergi sungai. Last pergi sungai Gabai. Hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA