Thursday, March 10, 2016

Check Up Adam: 9 Mac 2016.


Assalamualaikum~

Check up klinik pukul 2 petang, sampai dlewat beberapa minit. Tunggu lama tu biasalah untuk klinik kerajaan, dapat habis pukul 3 lebih pun kira ok lah tu~

Adam berat hanya 7.9kg, hanya naik 100gram dari tiga bulan lepas. T_T

Dah kenapa Adam ni suasah sangat nak naik berat. Badan pun tulang saja. Nurse suruh jumpa pakar zat pemakanan. Masalahnya saya dah pernah jumpa 2 kali dah. Setiap kali jumpa akan bagi nasihat yang sama. Jadi, saya tak nampak point untuk jumpa lagi. Saya ni pulak bekerja, agak susah untuk selalu amik cuti. Dahla appointment pakar tu dengan check up rutin anak tak boleh buat sama tarikh. Korang rasa camne? Stress okkkk T_T

Saya minta next cehck up masa Adam 2 tahun. Nurse tak bagi. Kena datang bulan 6 sebab Adam ni ada masalah kurang berat badan. Saya bukan tak nak selalu datang, masalahnya sebagai pekerja swasta ni, agak susah nak minta cuti selalu. Korang faham tak?

Nurse tu suruh minta time slip. Company saya tak bagi guna time slip untuk check up anak. Dia hanya bagi time slip untuk check pregnant je, tu pun 2 jam saja. So camne kan...

Rutin check up pun sama je. Berat & tinggi & kepala. Pastu nasihat. Saya rasa ok kot Adam skip bulan 6 ni, terus ke besday dia bulan 8. Boleh tak?? 4 bulan lebih je gap...huhu~

Adam ni makan memilihla, lepas tu aktif sangat. Agaknya pagi semalam dia berlari-lari kat taman botani kot. Tu yang banyak lemak terbakar kot kan? Nurse cakap tu pun mungkin ada kemungkinan.

Saya ada je bagi supplement. Tapi  mungkin tak sesuai kot. Takpelah, habiskan dulu lah yang ada ni dulu. Nurse suruh cari supplement yang ada liasin. 

Selain supplement ada cara lain ke nak naikkan berat badan anak ni?? 


3 comments:

  1. Appeton lysine ok jugak tapi pengalaman saya bagi supplement. banyak jugak supplement saya try.. yang terbaru ni saya rasa 1 supplement untuk semua. Caliph yang tengah popular tu la. Membantu perkembangan anak saya, menaikkan berat, selera makan & anak saya nampak semakin tinggi. Anak saya lagi teruk picky eater dia sebab anak saya ada masalah sensory.. dia hanya makan makanan tertentu. cuma makan roti & biskut.. yang lain2 tu makan sekadar rasa2 je. Kalau belum try.. boleh la try

    ReplyDelete
  2. susah juga ye bila anak tak nak makan sampai susut badan..tapi bagi saya selagi dia sihat ok je..kan?lagi2 dia pulak lasak..

    ReplyDelete
  3. cam anak akak si mak enon tu pon kudut je dik...sekarang dah membeso ni makin cerewet bab2 makan ni...yg orang klinik ni pon cam tak bole nak bertolak ansur sikit pulak kan...bebudak tengah aktif gitu memang la susah nak naik berat badan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA