Thursday, January 19, 2017

Tahun Baru yang Masih Samar-samar~


Assalamualaikum~

Tahun baru ni masih mencari-cari target. Saya sekarang nak cuba serius dalam bidang bisness online saya, AZRM Enterprise. Menjual produk Secretleaf, handsock dan stoking muslimah. Telekung cotton juga saya jual ye :)

salah satu produk Secretleaf


Tapi ilmu marketing masih sangat kurang. Bajet pun masih limited. Sales target pun paras-paras hidung aje. Macam manak nak buat orang confident untuk membeli dari kita? Saya kalau boleh nak upgrade diri ni, tapi dropship pun masih tak jalan, macam mana tu ye?

Semalam dengan hari ni , bila baca whatsapp group rasa macam insecure je. Saya kena usaha lagi. Kalau tak bila nak upgrade kan. Saya rasa kawan-kawan saya ni pun banyak jugak kot online seller? Cuba bagi tips sikit? hehe~

Korang tahu tak apa tu produk Secretleaf? Secretleaf ni adalah produk penjagaan muka yang berasaskan bahan natural, bebas paraben, alkohol, SLS dan bahan kimia berbahaya yang lain. Menggunakan produk natural ni selalunya result takes time, kalau nak bandingkan dengan produk yang ada merkuri dan bahan kimia bahaya lain.

Saya pakai dan saya jual tau. Sebab bestlah saya nak orang lain cuba jugak. Dah cuba sendiri baru tau tau :)



Lama tak citer pasal Adam kan? Sekarang dah nak masuk 2 tahun setengah! Pandai dah mintak macam-macam. Tu dalam gambar tu atara contohlah tu T_T
Setiap kali balik dari rumah pengasuh minta goreng pisang. Padahal sebenarnya dia nak kopok lekor je..hehe~ :p

1 comment:

  1. Comel Adam..
    Insya Allah.. Liyana pasti boleh..
    Bermula biar berdikit.. Insya Allah pasti akan jadi bukit..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA