Wednesday, May 3, 2017

3nd Pregnancy: 29 minggu sudah. Dah kena start prepare ke belum ni??


Assalamualaikum~

Pelik pulak rasa letak 3rd pregnancy. Saya sebenarnya masa 2nd pregnancy 7 weeks dah gugur, So, kira betullah kan ni adalah 3rd pregnancy? Sebab klinik pun kira macam tu jugak. Pejam celik dah masuk 29 minggu dah usia kandungan. Baru bulan Mei 2016 yang lepas cuci sebab gugur. Bulan 10 lekat balik. Alhamdulillah, rezeki :)

Untuk kandungan ni saya rasa macam banyak pulak masalah. Firstly, mula-mula tengok macam ada 2 kantung, tapi satu tu kosong. Lepastu detect cyst. Tapi cyst tu saya rasa still normal. Sekarang dah takde. Alhamdulillah. 

Sekarang ni pulak, berat naik banyak lah. Memang rasa mengah je. Dulu first pregnant takdelah rasa besar sangat macam ni. Semalam check up dengan  doktor, air ketuban nampak macam banyak. Kena minum air gula lagi sekali T_T. Minum air gulalah yang paling nightmare masa mengandung! Adoiii..haritu 20 weeks dah minum dan bacaan pun ok je. Ni kena minum lagi ni... T_T

Oleh sebab tak decide lagi nak bersalin kat kampung atau Selangor, jadi doktor suruh refer ke doktor pakar jugak sebab first saya emergency czer. Doktor pakar kena tengok saya boleh bersalin normal atau tak untuk kali ni. So, kiranya refer pakar O&G untuk tengok kena air ketuban banyak dan previous scar punya condition. Memang banyak nak kena cuti ni, harap doktor-doktor fahamlah kenapa saya minta MC. Syukur sangat dapat doktor yang ok nak bagi MC. Cuti bukan banyak pun. Kalau unpaid pulak, gaji cukup-cukup makan je..huhu~

Next week, bersedialah untuk minum air gula nak guna cuti annual leave ye. Sebab minum air gula je, tak jumpa doktor pun. Harap next week, ok lah minum air gula. Trauma betul rasa!

Doakan urusan saya dimudahkan ye. Tengah survey2 set bersalin apa nak pakai kali ni. Dulu pakai set Anugerah. Ok lah, tapi saja nak cuba produk lain..hehe.. Baju baby pun tak beli lagi. Baju Adam dulu semua dah bagi kat adik/ adik ipar. Takkan nak mintak balik kan? huhu~

Baby fair sebenarnya murah ke tak ye? Kalau Pureen warehouse sale memang murah, tapi kalau baby expo macam kat SACC berbaloi tak? Siapa boleh bagi pendapat?

2 comments:

  1. smeoga dipermudahkan urusan sis ye smpi waktu melahirkan

    ReplyDelete
  2. semoga Allah permudahkan segala urusan sampai bersalin...Ameen..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA