Thursday, May 4, 2017

Adam masuk timezone Zimbabwe :p


Assalamualaikum~

Dah dua hari dah, sejak cuti weekend baru ni time zone Adam berubah. Petang amik kat babysitter dia tidur, kejut-kejut pun tak nak bangun. Last-last pukul 1 pagi kejut ibu ayah dia ajak main & tengok upin ipin. Dahlah yang rekod kat Ceria tu 10 minit, 7 minit je. Setiap kali habis, mengamuk nak tengok lagi T_T

Dah bangun, ajak makan tak nak. Asyik nak susu je. Kemain susah nak suruh makan sekarang. Buat risau ibu ayah aje lah Adam ni. Dekat pukul 2 pagi paksa dia tidur. Tutup TV. Dia pergi main teddy bear pulak. Susun-susun teddy bear kat tempat tidur, dodoikan teddy bear pulak. Kalau saya tidur mengadapa ayah dia, mulalah menyelit kat tengah dengan mata bulat. Kalau saya mengiring ke sebelah lagi satu, dia pun tukar tempat. Ibu kena mengadap dia jugak camne pun :p Siap bawak teddy bear sekali tukar tenpat...

Layan dia, ibu ayah pulak yang rasa lapar. Adoi..mana berat tak naik camni. Kitorang paksa makan pun tak nak makan. Nak susu je. Ikutlah Adam..dekat pukul 4 barulah tidur balik. Bangun pagi taddi tengok jam dah dekat pukul 7 T_T. Ibu lambat! Patutnya kena gerak keluar dari rumah pukul 7 pagi. Kelam kabut mandi, solat subuh. Hari pulak hujan renyai, jem panjang dari biasa. 

Adam sekarang ni mesti nak melepek kat saya walau tengah driving sekali pun. Sambung tidur. Pergi balik kerja camtu. Orang kata sebab Adam nak dapat adik. Dia tahu lepas adik keluar susah dah nak manja selalu dengan ibu dia...huhu..layankan jelah Adam ni. Dapat adik mesti ibu dia kena concentrate kat baby sebab mesti kena breastfeed semua tu kan. Jangan Adam pun sibuk nak tumpang sudah :p sekarang pun nampak cam teringat-ingat aje..maklumlah baru je stop masa saya pregnant ni..huhu~

Harap baby baru keluar nanti saya dapat bahagikan seadilnya untuk anak-anak saya ni.


1 comment:

  1. Alahai kesian Adam.. dah tau nak dapat adik yea.. sebab tu nak menempel kat ibu je... hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA