Monday, June 19, 2017

Cari Baju Raya di Lazada~


Assalamualaikum~

Raya dah makin dekat ni, tak sampai seminggu pun lagi ni. Korang dah beli belum baju raya?? Saya? Adalah jugak baju raya sebab mak memang selalu bagi baju raya kat anak-anak perempuan dia. Walaupun anak dia sorang ni dah kawin dan beranak-pinak..huhu..malu pulak kan. Patutnya kita yang belanja mak. Tapi, bila ajak mak keluar beli baju raya, mak asyik cakap tak nak je. Kalau main beli takut tak sama saiz sebab mak jenis bahu lebar..huhu.

Tahun ni, sekali lagi tema warna saya adalah hijau. Dah tiga tahun berturut-turut hijau! Ni semua penangan husband yang suka sangat warna hijau T_T. Saya dah bagitau awal-awal tahun depan bagi saya pilih warna pulak, tak pedulik! Saya nak warna pink..hehe..padan muka :p 

Baju raya saya dah ada. Ada kebarung, kurung moden. Tapi baju husband dengan Adam takde lagi ni. Kalau boleh nak sedondonlah kan. Husband cakap dia boleh pakai baju raya tahun-tahun lepas sebab memang hijau kan. Tapi Adam dah sentenglah baju tahun lepas. Dah jadi seluar tidur dah baju melayu dia tu. Nak tak nak Adam kena ada baju raya. 

Nak pergi ke kedai mesti penuh sangat orang kan? Dengan perut yang tengah sarat ni, ada baiknya saya survey baju raya online saja. Duduk dengan relaks je sambil shopping. Mudah je kan? Husband ada cakap nak cuba survey kurta. Dapat sedondon dengan Adam memang elok sangatlah tu kan?? 


Jom cuci mata, tengok kalau-kalau ada Kurta yang berkenan kan :) Baru tengok-tengok je, tapi warna hijau untuk selection kurta tak jumpa la lagi pulak. Takpe, kita teruskan pencarian ye. Banyak sangat pilihan takut tak terjumpa kan~



Baru jumpa warna biru je. Comel gak baju tu kan. Kita bookmarks kan dulu baju kurta sedondon ayah dengan anak ni ye. Hehe. Jom cepat shopping baju raya kat Lazada sekarang! Ada Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale! Diskaun sehingga 90% tau dari 19 Mei 2017 sampai 30 Jun 2017 ni!! :D Berbaloi-baloi~ Hari tu baru shopping barang berpantang, beratus gak habis, nasib baik berbaloi dan memang keperluan..huhu~

10 comments:

  1. Agak-agak, baju Melayu atau kurta ada tak saiz bayi berumur 3 bulan? Hmm...

    ReplyDelete
  2. zaman makin canggih.. sekarang sume di hujung jari.. hihi..

    p/s: susu e'in memang sikit.. dah puas ikhtiar.. makan lobak putih, minum horlicks sume.. tetap sikitttttt je yang ade.. sedih betul.. huhu

    ReplyDelete
  3. Sekarang kan trend kurta kan...nice biru tu

    ReplyDelete
  4. banyak pilihan kat lazada kan. selamat shopping :)

    ReplyDelete
  5. tudiaaaa.. shopping baju dekat lazada. tak pernah terfikir pun. boleh cuba lain kali

    ReplyDelete
  6. 🤗 sekarang nie semua nak mudah... beli Baku raya pun boleh beli online je....

    ReplyDelete
  7. lamenyeeeeeee blog nie cuti raya.. hihi

    ReplyDelete
  8. asben aida ada beli kurta juga, yana.
    tapi bukan online la :)
    tapi time 1-2 hari raya tu, aida tetapkan baju melayu aje.
    meskipun asben nak berbaju kurta.
    "ni kan raya melayu!" siap aida sound dia ha ha ha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA