Wednesday, July 5, 2017

3rd Pregnancy: 38 minggu sudah~


Assalamualaikum~


Lama cuti raya blog ni ye? Terima kasih E'in yang rajin tegur dan jalan-jalan sini walau tak berupdate lagi..hehe~ :) Hari tu cuti raya seminggu lebih jugak. Isnin baru ni baru masuk kerja balik. Minggu depan kalau baby tak keluar lagi last week kerja la kot, insyaAllah. 

Kerja swasta cuti maternity hanya tepat-tepat 60 hari termasuk Sabtu Ahad dan public holiday. Jadi nak tak nak memang tak boleh cuti awal untuk rehat walau tengah sarat sangat rasa dah sekarang ni. T_T. Boleh tak nak minta MC seminggu sebelum due? huhu

Seminggu lebih sebelum raya kaki memang dah kembang sangat. Sampai sekarang masih tak surut. Serius macam kaki gajah dah tengok. Nak bengkok untuk duduk masa solat pun susah sekarang sebab bengkak sangat. 

Check up sekarang pun seminggu sekali. Harini ada check up lagi kat KK. Nak bersalin kat mana pun masih berbelah bahagi, maklumlah google sana sini, pengalaman orang bermacam-macam. Kalau nak standby kat kampung Melaka, susah jugak sebab mak kerja. Nanti takkan nak kena pergi hospital sorang-sorang. Dengan Adam lagi. So, saya decide better ada husband la di sisi. Dah kawtim dengan pengasuh jugak kalau tetiba malam nak bersalin memang nak mtk tlg dia jagakan Adam. Nak husband teman dalam labour room kan kalau boleh. First kena czer, so memang takde pengalaman pun bersalin berteman. Nangis sorang-sorang jelah dalam operation room dulu..huhu~

Kali ni doktor cakap ada 70-80% chances untuk normal. Kira VBAC la orang panggil. Vaginal birth after caeser. Tapi kalau contraction skala 8 dan lebih certain hours, nak tak nak memang kena czer jugak sebab risiko atas rahim. Sekarang ni saya tawakal je lah. Doa urusan bersalin dimudahkan dan semuanya selamat. Saya tak berani nak berharap yang lain-lain sangat. Syukur sangat dah kalau semua selamat. 

Kalini harap tak lupa bekalan untuk masuk hospitallah. Masa Adam power bank & charger pun tak teringat. Kurma & air pun tak teringat. Sebab tu takde tenaga kot. Debar gak nak tunggu baby ni keluar. Adam dulu seminggu awal. Baby ni tak tahulah lambat ke awal. Doktor bagi delay sampai seminggu kalau masih takde tanda pape. Harap semua selamat dan dimudahkan~

8 comments:

  1. InshaAllah...moga selamat semuanya.

    Selamat hari raya yana, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. Boleh je request MC kat DOC, at least boleh rehat2 kat rumah tu... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin... Nie kira count down nak bersalin la ye... Any way, teman doakan segalanya berjalan dengan baik dan di permudah untuk awak bersalin... aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo, boleh ye..nak try mintaklah nanti.. :)

      Delete
  3. InsyaAllah yang baik2 je nanti ok...
    banyakkan selawat dan istighfar...kami semua mendoakan agar semuanya dipermudahkan...ameen...

    ReplyDelete
  4. akhiranye.. welcome back kak! hihi..

    nasib orang keja swasta kan.. memang ngam-ngam 60 hari.. time e'in dulu pun amek cuti awal seminggu je.. huhu..

    in shaa Allah akan dipermudahkan sumenye.. :)

    ReplyDelete
  5. yana, tahniah....
    dah nak bersalin dah, alhamdulillah.
    do take care ye.

    ReplyDelete
  6. Dah bersalin ke? Tahniah .. Selamat berpantang

    ReplyDelete
  7. In shaa Allah..mudahan smuanya baik2 ajer

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA